[Video] Penangkapan Ikan Yu Gergasi (8 gambar)


KARACHI - Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada hargaAS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.

Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.

Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.

Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu. - Agensi

Sumber: Kosmo! Online, lagi gambar dan video ikan yu gergasi yang ditangkap seperti di bawah;









Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.

Kalau baca balik petikan atas ni, mereka menemui ikan bapak besar ni telah mati di laut. Maksudnya bukan mereka yang tangkap la kan? Mereka jadi transporter je. Nasib baik dah mati. Kalau tak, mereka pun tak balik-balik kot...

Sumber: Kongsa Kongsi

0 Response to "[Video] Penangkapan Ikan Yu Gergasi (8 gambar)"

Post a Comment