[18++]Aksi panas wanita berhijab tersebar menjadi tanda tanya


Kuala Lumpur: Kewujudan beberapa laman web yang menghimpunkan ratusan karikatur hubungan seks wanita bertudung bersama lelaki menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa termasuk pelajar sekolah yang mula ketagih untuk mengumpulnya.

Pemerhatian Harian Metro selepas menerima panggilan telefon menyuarakan kebimbangan itu mendapati laman lucah dipercayai dari luar negara berkenaan dipenuhi pelbagai aksi lucah wanita bertudung atau berhijab bersama lelaki yang turut dilukis memakai songkok.

Lebih menyedihkan apabila laman maya yang menjadikan remaja sebagai sasaran utama kerana menampilkan lukisan berwarna itu turut memaparkan aksi terlarang dilakukan sesama ahli keluarga sendiri termasuk antara ibu dan anak, selain datuk dan cucu.

Malah, individu yang mewujudkan laman berkenaan turut bertindak melampau apabila meletakkan dialog pada setiap keping gambar bertujuan menceritakan situasi dan perasaan ghairah watak di dalam karikatur terbabit.

Selain itu, terdapat lebih 100 komen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap kewujudan laman web berkenaan termasuk komen terbaru yang dimasukkan kira-kira sebulan yang lalu.

Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan komen adalah ‘positif’ dan memberi galakan supaya karikatur lucah lelaki dan wanita Islam itu diperbanyakkan untuk tontonan mereka kerana menyifatkannya sebagai unik dan kreatif.

Seorang bapa yang mahu dikenali sebagai Amin, 40-an, dari Cheras berkata, dia terkejut apabila mendapati anak lelakinya melayari satu daripada laman web berkenaan, baru-baru ini.